28 May 2015

Effective Microorganisme ( EM )


Contoh EMAS keluaran PVD Kuala Langat

Effective Microorganisma (EM) terdiri daripada 2 jenis iaitu :
EM-1               - Effective Microb yang direhatkan dan boleh digunakan dalam tempoh hingga1 tahun.

EM-2 (EMAS)  - Effective Microb EM1 dicampur molases yang diaktifkan untuk penggunaan semasa
                        dalam tempoh aktif maksimum 30 hari. 


EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario.

EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani.

PROSES MENGAKTIFKAN EM1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

i. EM-1 
ii. Gula Merah / Molases
iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )
iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup

1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih 

Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya.Nisbah Bancuhan a sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).

Nisbah campuran EMAS :

Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.

EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun. 

Didalam penternakan ayam, EM boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman ayam. EM juga boleh disembur pada tinja,badan ayam dan sekitar kawasan reban untuk mengurangkan bau dan lalat serta menguraikan tinja tersebut.

Nota: *Untuk keterangan lanjut sila hubungi PVD Kuala Langat



No comments:

Post a Comment