02 November 2015

Kebaikan gula merah/gula melaka untuk ternakan ayam


Kebaikan gula merah/gula melaka untuk ternakan ayam

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Arini saya nak berkongsi berkaitan dengan AIR GULA MERAH DAN MANFAAT BAGI TERNAKAN.

Nutrisi Gula Merah(setiap 100g)
Tenaga (kkal) : 386
Protien (g) : 3,0
Karbohidrat (g) : 76,0
Lemak (g) : 10
Kalsium (mg) : 76
Fosfor (mg) : 37
Besi (mg) : 37

Tujuan Pemberian:
1. Meningkatkan Stamina dan daya tahan tubuh
2. Menambah nutrisi/sumber tenaga kepada DOC
3. Mengatasi dehidrasi pada ayam atau DOC
4. Menambah berat badan ayam
5. Mencegah kematian pada ayam

- Pemberian boleh dilakukan sekali dalam sehari
- Pemberian air gula merah pada musim hujan amat disyorkan untuk meningkatkan daya tahan ayam.

* kadar air gula dibancuh air minum sebanyak 3-5% iaitu setiap lit air...30gm gula merah.
Untuk memudahkan ..ambil 2 cawan gula merah di masak dengan 2 cawan air untuk melarutkan dan mematikan fungus untuk jadikan stok air gula merah.....bila guna 1/2 cawan air gula untuk 10 lit air.....stok gula merah pekat di simpan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk...jika tidak akan jadi masam dan rosak



31 October 2015

Koksidiosis (Berak Berdarah)


Koksidiosis (Berak Berdarah) merupakan penyakit yang disebabkan oleh protozoa yang bernama Eimeria sp famili Eimeriidae. Penyakit Koksidiosis ini menyerang pada semua peringkat ayam terutamanya pada usia enam minggu ke atas di mana berlakunya proses pembesaran organ dalaman ayam ( usus , paru paru , hati , dll )

Tanda-tanda berlakunya Koksidiosis :

-Najis mengandungi darah
-Balung ayam kelihatan pucat
-Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan
-Ayam lemah dan lesu Kadar kematian tinggi pada anak ayam
-Pendarahan di usus kecil dan sekum

Pencegahan: 

Untuk pencegahan dapat dilakukan dengan cara sebagai berikut :

a.   Sanitasi dan ventilasi kandang harus baik.
b.   Pengangkatan litter/Alas lantai setiap kali panen pada broiler.
c.  Lantai kandang dicuci pakai air untuk membersihkan kotoran, pencucian tahap kedua dengan deterjen.
d.   Menaburkan bubuk kapur di dalam kandang.
e.   Peralatan feeder dan drinker dicuci sebersih mungkin.
f.    Kandang difumigasi dengan formalin 10%.
g.   Melakukan istirahat kandang 7-21 hari.

Kaedah rawatan: 

Memberi larutan amprolium atau sulfonamide dalam air minum dan pemberian air yang dapat mensuspensi suplemen vitamin A dan K dapat mempercepat proses penyembuhan.

05 June 2015

Ayam Kampung Terancam



Ayam Kampung Terancam

Oleh Azhar Kasim 
Utusan Malaysia, 27 Jun 2007 


Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di beberapa buah negara Barat ia dikenali sebagai free ranging chicken atau organic chicken

Nama-nama ini sudah jadi sebutan biasa kerana ayam jenis ini bergerak bebas di lapangan sama ada ia dipelihara di kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. 

Di lapangan ayam ini berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Secara tidak langsung kawasan yang lapang dimanfaatkan dengan pemeliharaan ayam kampung. 

Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. 

Ciri daging yang enak melonjakkan harga ayam kampung ke tahap lebih tinggi daripada ayam daging komersial. Ayam kampung adalah sumber penting bagi memperoleh pendapatan tambahan tanpa pelaburan modal yang tinggi. 

Modal permulaan hanya diperlukan bagi menyediakan reban yang sesuai. Makanan asas lazimnya adalah sisa dari dapur dan bahan lebihan dari santapan keluarga. 

Asal usul ayam kampung memang menarik. Faktor geografi dan sejarah menyatakan tidak wujud ayam secara semula jadi di benua Eropah dan Amerika Utara atas faktor cuaca bermusim yang terlampau sejuk. Walau bagaimanapun ayam belanda (tidak serupa dengan ayam), saudara terdekat kepada ayam kampung, wujud di Amerika Tengah. 

Kini ayam kampung boleh hidup di merata dunia kerana manusia memahami keperluan bagi disediakan tempat perlindungan pada musim sejuk. Ayam kampung adalah warisan dari campuran beberapa jenis ayam baka moden. 

Ayam baka moden terhasil dari kacukan terancang yang pada peringkat awal melibatkan empat spesies ayam hutan. Ayam hutan masih wujud dalam keadaan liar dan hanya terdapat di sekitar Asia Tenggara, Indo-China, India dan Sri Lanka sahaja. Spesies ayam hutan tempatan kita (Red Jungle Fowl) iaitu gallus gallus adalah spesis yang paling berjaya dikacukkan dengan tiga spesies ayam hutan yang lain. 
Penjajah membawa pulang ayam hutan dari Asia ke negara mereka dan usaha kacukan dan pembiakbakaan melebihi dua kurun, yang turut dilakukan di Amerika, akhirnya berjaya menghasilkan ayam yang sesuai diternak untuk daging dan telur. 

Baka moden berasal dari luar negara berbadan jauh lebih besar daripada ayam hutan, seperti New Hampshire, Plymouth Rock, Rhode Island Red, Cornish, Canton, Brown Leghorn dan Australorp dibawa masuk melalui program kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan sendiri pada awal tahun 70-an pernah menghasilkan baka kacukan tempatan dinamakan ayam baka Johor (singkatannya ABJ). 


Semua baka-baka ini mempunyai bulu warna bukan putih dan kecantikan ayam-ayam ini mendorong orang ramai memelihara di kampung-kampung. 

Warisan 


Perkahwinan bebas antara berbagai baka dan keturunan mereka dalam pemeliharaan secara berlepas selama beberapa dekad dan makanan yang terhad telah secara semula jadi mempengaruhi perubahan saiz asal yang besar kepada warisan ayam yang kecil sedikit, ramping dan sangat lasak yang dipanggil dengan nama ayam kampung. 

Saiz ayam kampung menjadi bertambah kecil dengan kemasukan gen asli berpunca dari berkahwin dengan ayam hutan tempatan. 

Sekecil-kecilnya ayam kampung tetapi dagingnya tetap jadi sukaan ramai. 

Selesema burung yang melanda Asia Tenggara turut mengancam ayam kampung. Kes kematian ayam kampung di Gombak beberapa bulan yang lepas dan di Kampung Paya Jaras dalam tempoh sebulan yang lepas akibat jangkitan selesema burung telah menimbulkan tanda tanya tentang peraturan yang bakal dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap pemeliharaan ayam kampung. 

Jabatan Perkhidmatan Haiwan melalui laporan akhbar menyatakan bahawa terdapat bukti yang konsisten bahawa selesema burung mempunyai kaitan yang rapat dengan ayam jenis laga yang mungkin diseludup masuk dari negara-negara jiran yang masih dilanda selesema burung. Rupa dan saiz ayam jenis laga adalah jauh berbeza dari ayam kampung sebenar iaitu warisan daripada zaman sejak merdeka dulu. 

Bersesuaianlah ayam kampung ini dengan panggilan ayam kampung tradisional. Ayam kampung tradisional ini mudah dipasarkan untuk tujuan daging berbanding dengan ayam jenis laga. 

Kawasan berisiko tinggi bagi jangkitan selesema burung kepada ayam kampung tradisional telah dikaitkan dengan kawasan yang berhampiran dengan kediaman pekerja asing ataupun rakyat tempatan yang mungkin terlibat dengan aktiviti melaga ayam dan penyeludupan ayam hidup iaitu aktiviti-aktiviti yang telah diharamkan. 

Ayam laga mudah dicam kerana ia lebih tinggi dan berdiri tegap. Ayam kampung tradisional pula lebih mirip kepada bentuk badan ayam hutan. 

Tindakan yang paling wajar bagi pihak berkuasa ialah mengharamkan pemeliharaan ayam laga. Ayam jenis laga pula bukan pilihan bagi mereka yang biasa dengan keenakan makan daging ayam kampung tradisional. 

Pemeliharaan ayam kampung tradisional di kawasan bandar dan pinggiran bandar yang mempunyai kawasan lapang wajar diteruskan. 

Larangan pemeliharaan ayam kampung tradisional adalah sesuai bagi kawasan perumahan bercirikan teres dan flat kerana ia dikaitkan dengan ketidakselesaan penduduk berpunca dari tinja ayam. 

Kokokan sayu ayam kampung tradisional yang memecah sepi pagi adalah satu keindahan yang perlu dikekalkan baik di kawasan bandar ataupun pinggiran bandar. 


* PROF. MADYA DR. AZHAR KASIM ialah Ketua Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian, 
Universiti Putra Malaysia (UPM).

28 May 2015

Effective Microorganisme ( EM )


Contoh EMAS keluaran PVD Kuala Langat

Effective Microorganisma (EM) terdiri daripada 2 jenis iaitu :
EM-1               - Effective Microb yang direhatkan dan boleh digunakan dalam tempoh hingga1 tahun.

EM-2 (EMAS)  - Effective Microb EM1 dicampur molases yang diaktifkan untuk penggunaan semasa
                        dalam tempoh aktif maksimum 30 hari. 


EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario.

EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani.

PROSES MENGAKTIFKAN EM1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

i. EM-1 
ii. Gula Merah / Molases
iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )
iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup

1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih 

Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya.Nisbah Bancuhan a sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).

Nisbah campuran EMAS :

Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.

EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun. 

Didalam penternakan ayam, EM boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman ayam. EM juga boleh disembur pada tinja,badan ayam dan sekitar kawasan reban untuk mengurangkan bau dan lalat serta menguraikan tinja tersebut.

Nota: *Untuk keterangan lanjut sila hubungi PVD Kuala Langat



08 May 2015

Parts of Chicken / Mengenal bahagian-bahagian ayam


Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang nama bahagian² ayam.
Semoga bermanfaat kepada kita.








05 May 2015

Pemangsa di reban ayamku akhirnya tewas

Akhirnya cubaan untuk menodai anak ayam direbanku telah gagal. Ini yang kecil, ada lagi yang sebesar komodo masih berkeliaran lagi. Sabarlah wahai hati



30 April 2015

Ciri-ciri pekerja yang baik



Ini adalah di antara adalah  ciri-ciri pekerja yang baik-

1. Bijak berkomunikasi : Majikan suka menggajikan pekerja yang mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dan meluahkan perasaan dengan cara yang jelas , sama ada secara bertulis atau bercakap. Komunikasi tidak tepat / tidak sesuai di antara pekerja boleh menyebabkan banyak masalah kepada syarikat.


 2. Bermotivasi : Seorang pekerja yang baik tidak pernah ragu-ragu untuk mengambil tanggungjawab atau kedudukan yang lebih tinggi. Beliau juga bersedia untuk bekerja di luar waktu bertugas untuk memenuhi matlamat atau untuk menyelesaikan masalah , walaupun kerja dalam perbincangan tidak merupakan salah satu kerja-kerja tetap yang biasanya diberikan. 


3. Sanggup bekerja keras : Tidak ada pengganti kepada bekerja keras. Walaupun semua orang seolah-olah akan mengatakan bahawa mereka bekerja keras tetapi tidak ramai terus bekerja selepas waktu di tempat kerja. Jadi, seseorang itu perlu selalu mengingatkan diri sendiri tentang betapa pentingnya untuk bekerja keras sebagai seorang pekerja. 


4. Mudah belajar menyesuaikan diri: Pekerja yang tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru , bersedia untuk belajar perkara-perkara baru (pelajar cepat ) dan melakukan yang terbaik dalam perubahan yang mungkin dalam mana-mana organisasi. 


5. Boleh  bekerja dalam Pasukan : Banyak syarikat terdiri daripada pasukan. Mana-mana syarikat memerlukan usaha pasukan yang berkesan. Majikan yang boleh menyumbang merupakan pekerja ideal. 


6. Membantu orang lain : semua orang menghargai bantuan. Jangan teragak-agak dalam membantu orang lain. Inidapat  mewujudkan hubungan mesra dengan rakan-rakan dan kerja dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dihargai oleh majikan. 


7. Kejujuran : Seorang pekerja yang baik adalah jujur ​​tentang kerja. Kritikan diri dan bersedia untuk menerima maklum balas adalah penting untuk menjadi seorang  belajar yang baik.


 8. Beretika: peraturan Kerja dibuat untuk diikuti. Terdapat rahsia tempat kerja yang sepatutnya disimpan. Seorang pekerja yang baik mengikut polisi syarikat dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat demikian juga. 


9. Memberi kredit di mana dia berada : Seorang pekerja yang baik bukan sahaja akan benar membiarkan hak rakan sekerja mempunyai kredit beliau tetapi juga berkongsi penghargaan sendiri dengan pasukannya.

 
10. Sopan : Menjadi mesra dan mudah didekati yakni tidak  membahayakan .Ucapan'assalamualaikum', ' selamat pagi ', ' terima kasih' dan '  adalah dialu-alukan . Perkara-perkara ini mungkin kelihatan tidak penting tetapi  mewujudkan anda sebagai pekerja kegemaran. 


11. Berdisiplin dan menepati masa : Setiap bos suka pekerja yang menepati masa , berdisiplin dan teliti. Masa adalah wang. Datang lewat ke pejabat , mengambil rehat yang tidak perlu, berlengah dan meninggalkan pejabat lebih awal daripada biasa merugikan syarikat. 


12. Elakkan gosip: Kita  perlu sentiasa ingat bahawa datang ke pejabat untuk bekerja ,atau kerjaya. Jangan menyebarkan gosip  atau khabar angin
 di pejabatMenghormati privasi  pekerja-pekerja. Memelihara dan melindungi urusan sulit di pejabat.

28 April 2015

Cara Menternak Ayam Kampung


Salam hormat kepada semua pengunjung blog saya ini. Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang asas penternakan ayam kampung.Semoga bermanfaat kepada kita semua


  1. Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian anak ayam.
  1. Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau ketika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. biasanya penternak memindahkan anak ayam yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.
  1. Peringkat 3 = Anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan. anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan.

  1. Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.
  1. Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.
  1. Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya.

Perkara Penting Supaya Anak Ayam Kekal Sihat
1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK

HURAIAN

1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.
2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.
3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.
4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.
5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.
6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.
7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.
8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.

9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.

10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.

Pengurusan Anak Ayam


Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di Malaysia.
1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi.. cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.
2. Pembenihan induk dengan bantuan.. cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.
3. Pengurusan anak ayam dari inkubator.. untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.

 

Reban

Reban Asuhan
  1. Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
  2. Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram.
  3. Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
  4. Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan.
  5. Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2 minggu.
  6. Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
  7. Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu.
Reban Pembakaan
  1. Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun.
  1. Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.
  1. Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.
  1. Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.
  1. Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan si jantan.
  1. Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.
  1. Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada. Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram.

 

Langkah Penting Menyambut Anak Ayam Inkubator

Sediakan kotak plastic pvc. Bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk memudahkan kerja pembersihan. Kemudian satu lapisan tisu diletakkan di atas surat khabar. Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama menjejakkan kaki selepas keluar dari inkubator.

Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari inkubator dan diganti dengan lapik biasa.

Sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukannya air suam atau air sejuk. Anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini minum.

Taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukannya dalam bekas makanan ayam biasa. Ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.

Lampu berkuasa 5 watt digantung di dalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini(1/2 inci).

Ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak ayam 'memahami persekitarannya'.

Pemindahan anak ayam dari inkubator boleh dibuat sedikit demi sedikit. Jangan biarkan anak ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.

Anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder.

Mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini tahu terdapat sumber air, anak ayam dibiarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari.

10. Anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa berusia dibawah 2 minggu dan pada waktu malam sahaja selepas itu. Setelah usia mencecah 1 bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.

11. Pindahkan anak ayam ke reban asuhan luar setelah didapati anak ayam sudah cergas.

 

 Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator


Antara punca masalah telur tak menetas adalah:
1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.

2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.

4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.
6 Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.

  

Candling Telur


Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio di dalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna inkubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Inkubator. Padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur, proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah;

1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walaupun terdapat cara untuk menampal retakan namun jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut sama ada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidaksamarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) di dalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya. Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namun perlu diingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman di dalam inkubator. Telur perlu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan, periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.

Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 yang mana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur.

Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari di dalam inkubator. Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak diganggu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan.