Kebaikan gula merah/gula melaka untuk ternakan ayam
Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Arini saya nak berkongsi berkaitan dengan AIR GULA MERAH DAN
MANFAAT BAGI TERNAKAN.
Nutrisi Gula Merah(setiap 100g)
Tenaga (kkal) : 386
Protien (g) : 3,0
Karbohidrat (g) : 76,0
Lemak (g) : 10
Kalsium (mg) : 76
Fosfor (mg) : 37
Besi (mg) : 37
Tujuan Pemberian:
1. Meningkatkan Stamina dan daya tahan tubuh
2. Menambah nutrisi/sumber tenaga kepada DOC
3. Mengatasi dehidrasi pada ayam atau DOC
4. Menambah berat badan ayam
5. Mencegah kematian pada ayam
- Pemberian boleh dilakukan sekali dalam sehari
- Pemberian air gula merah pada musim hujan amat disyorkan untuk
meningkatkan daya tahan ayam.
Untuk memudahkan ..ambil 2 cawan gula merah di masak dengan 2 cawan air untuk melarutkan dan mematikan fungus untuk jadikan stok air gula merah.....bila guna 1/2 cawan air gula untuk 10 lit air.....stok gula merah pekat di simpan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk...jika tidak akan jadi masam dan rosak